Monday, August 19, 2013

Peribahasa Melayu "mengukur baju di badan sendiri" (Malay proverb "measure your coat on your own person")



membawa maksud supaya seseorang itu perlu tahu kebolehan diri sendiri. Oleh itu sebelum mengata, atau mengkritik orang lain seseorang itu perlu tahu keupayaan atau kebolehan dirinya sendiri.

"ukur baju di badan sendiri" (measure your coat on your own person) - A Malay proverb which means that one should know one's own abilities


Saturday, August 17, 2013

Khasiat Telur Ayam


Khasiat telur ayam ini telah dihuraikan oleh Imam Ibn Qayyim yang diterjemahkan dalam buku " Healing with the Medicine of The Prophet". Berdasarkan buku ini mengatakan telur yang segar adalah lebih baik dari telur yang lama. Dalam banyak-banyak telur, telur ayam adalah yang terbaik. Telu ayam adalah mudah dihadam dan sejuk.

Pengarang Qanoon berkata, " kuning telur adalah panas dan basah serta berguna untuk membersih darah tetapi kurang berkhasiat". Kuning telur juga didapati mengubati kesakitan dan membersikan peruk serta saluran pernafasan. Kuning telur juga bagus untuk mengubat batuk dan mencegah kanser paru-paru, hati dan prostat. Ia juga baik untuk meningkatkan keberkesanan buah badam.

Jika putih telur (albumin) dititiskan kepada mata ia akan menjadibat dan menyejukkan mata. Albumin juga boleh digunakan sebagai pencuci muka dan mengelakkan sunburn. (TO BE CONTINUED)

Tuesday, August 6, 2013

Peribahasa: seperti katak di bawah tempurung itu menyindir orang yang kurang pengetahuan, yang tidak bersedia menerima kemajuan, yang mendabik-dabik dada, berbangga dengan sedikit yang dia ada. Seperti katak di bawah tempurung ialah perumpamaan bagi orang yang bebal lagi dungu. Maka manusia yang demikian itu, tidak mampu memberi apa-apa sumbangan kepada negerinya.

Tuesday, May 8, 2012

Mendapat Durian Runtuh


Maksud : mendapat keuntungan dengan banyak tanpa usaha
Penerangan : Durian ialah raja buah. Harganya mahal. Orang yang mempunyai pokok durian selalunya akan mendapat untung lebih-lebih lagi bila duriannya berbuah banyak dan gugur serentak seperti "runtuh".

Monday, May 7, 2012

Bagai Aur Dengan Tebing


Aur : buluh/bambu
Tebing : tebing sungai atau tepi sungai yang tinggi
Maksud : Tolong menolong untuk mendapat kebakan bersama. Seperti aur menggunakan tebing untuk tumbuh di atasnya manakala tebing tetap wujud jika ada aur yang tumbuh di atasnya.

Tuesday, May 24, 2011

Batu Loncatan

Menggunakan sesuatu atau orang lain bagi mendapat keyaan aatau keuntungan

Sunday, May 22, 2011

Bagai Mencurah Air Ke Daun Keladi


Memberikan nasihat atau ajaran kepada sesorang tetapi tidak memberi apa-apa kesan kerana tidak dapat meresap ke dalam hati orang itu.

Melepaskan anjing tersepit

Melapaskan anjing tersepit
menolong orang yang tidak tahu berterima kasih